Selamat Tinggal Kembung Perut & Selulit, Hai Tubuh Lebih Ringan
Ingin kekalkan badan langsing tetapi menghadapi masalah kembung perut, selulit degil, ketoksikan tubuh yang tinggi dan tidak tahu cara untuk menghilangkannya?
#1 Kembung Perut
Kembung perut adalah perkara biasa dan anda tidak bersendirian dalam mengalaminya. Selain menghalang tubuh mendapatkan angka berat yang diimpikan, ia juga boleh menjadi tidak selesa dan menyakitkan untuk beberapa kes yang ekstrem. Antara punca perut kembung adalah gas terperangkap, natrium, atau pengekalan air.
Pengambilan garam dan karbohidrat boleh menyebabkan badan anda menahan lebihan air dan natrium yang diperlukan. Secara amnya, anda mungkin perasan bahawa makan secara berlebihan boleh mengakibatkan rasa bengkak pada seluruh badan lebih-lebih lagi di bahagian perut.
Bagaimana SuperFIT™ Flush membantu: Ia tidak hanya mengandungi serat larut tinggi (Gandum Oat Semulajadi Sweden) yang meningkatkan penghadaman usus, ia juga menggalakkan kesan diuretik yang positif. Dengan kuasa Ekstrak Biji Guarana, badan akan dapat menyingkirkan lebihan air dan natrium dengan cekap. Ini bermakna tiada lagi bengkak dan bentuk badan tampak langsing!
#2 Selulit
Juga dikenali sebagai tekstur kulit berlesung pipit kerana luaran yang tampak berlubang, selulit masih menjadi salah satu kebimbangan terbesar, terutamanya bagi wanita. Tahukah anda, 93% wanita akan mengalami selulit sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka?
Selulit berlaku apabila sel-sel lemak dalam tisu penghubung ditolak ke atas, menyebabkan permukaan kulit tidak rata. Ia lebih kerap berlaku pada wanita disebabkan corak pengedaran lemak dalam badan (iaitu lebih menonjol di sekitar pinggul dan paha) dan susunan serat penghubung berada dalam corak selari yang mungkin menunjukkan lebih banyak kedutan (berbanding dengan lelaki, yang bersilang).
Bagaimana SuperFIT™ Flush membantu: Bermula dari punca asal, ia berfungsi mempercepatkan metabolisme dan proses pembakaran lemak untuk mengurangkan pengumpulan sel lemak. Seterusnya, SuperFIT™ Flush juga meningkatkan keanjalan kulit serta aliran peredaran dalam lapisan subkutan dan tisu penghubung. Hasilnya, anda akan lihat permukaan kulit yang lebih licin, tegang dan kurang lesung pipit!
#3 Detoks
Sejujurnya, kita sering mendengar istilah 'detoks' di mana-mana, namun adakah anda tahu apakah sebenarnya detoks? Ia adalah pembersihan toksin dari sistem yang mungkin berpunca dari bahan pencemar alam sekitar, bahan kimia sintetik dari makanan, atau melalui penyerapan alat solek, minyak wangi, dan penjagaan kulit kita - di antara lain. Lebihan toksin boleh memberikan kesan negatif pada tubuh kita seperti melambatkan metabolisme dan menyebabkan keletihan.
Walaupun badan kita mampu menyingkirkan toksin secara semulajadi, kajian telah menunjukkan bahawa amalan diet sihat dan pengambilan makanan tambahan boleh meningkatkan proses detoksifikasi badan serta memberikan manfaat terhadap kesihatan dan penurunan berat badan.
Bagaimana SuperFIT™ Flush membantu: Gabungan serat prebiotik GOS (Galactooligosakarida) dan Cacti-Nea™ (Ekstrak semulajadi buah kaktus) memudahkan penyingkiran toksin berbahaya. Dengan kandungan antioksidan, SuperFIT™ Flush juga dapat melindungi tubuh daripada kerosakan radikal bebas yang disebabkan oleh toksin. Tanda positif badan anda menyahtoksin dengan baik adalah peningkatan tenaga, selera makan seimbang, tidur lebih lena, dan penurunan berat badan yang sihat!
Apakah Yang Membuatkan SuperFIT™ Flush Sangat Digemari?
Bukan sahaja diperbuat daripada 100% bahan berasaskan tumbuhan dan mesra vegan, SuperFIT™ Flush juga bebas tenusu, laktosa, hormon, dan bahan pengawet. Yang penting, ia diperakui gred-farmasi dengan 99% bahan aktif yang ditapis!
Apa yang menjadikannya begitu mudah untuk kurus adalah SuperFIT™ Flush dipadatkan dalam sachet yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Anda tidak perlu risau lagi sekiranya terpaksa melangkau pengambilan kerana keberkesanan bergantung pada konsistensi pengambilan untuk mencapai penurunan berat badan yang sihat.
Akhir sekali, jom lihat keberkesanan dan kuasa SuperFIT™ Flush daripada ribuan pelanggan yang telah melihat hasil positif seperti kembung perut yang berkurangan, pinggang lebih ramping, selulit kurang ketara, badan yang lebih cergas dan ringan dalam masa 8-12 minggu!
Ingin menjadi salah seorang yang mengalami transformasi badan yang mengagumkan bersama kehebatan SuperFIT™ Flush? Tunggu apa lagi, jom dapatkan dengan hanya satu klik sahaja - BELI SEKARANG
Oleh: Najwa Shahira